amat perit apabila diri dikhianati..
terasa bagai hati ditusuk dengan sesuatu yang amat tajam sehingga melemahkan keyakinan diri untuk terus menjalani kehidupan..
hati pula penuh dengan persoalan..
Mengapa semua ini harus terjadi?!
Mengapa harus aku diberi ujian sebegini?
Apa yang akan terjadi selepas ini?
Ketika itu, peluang syaitan untuk menghasut manusia terbuka luas..syaitan mula membisikkan kejahatan agar hati yang penuh kedukaan ini puas dengan pembalasan dendam kesumat yang menguasai diri..
Namun, apakah kita tahu bahawa pada saat itu juga ALLAH SWT memandang hamba~Nya dengan penuh kecintaan agar meminta pertolongan dan kembali pada~Nya..
SUBHANAALLAH...
begitu hebat cinta ALLAH SWT kepada hamba-hamba~Nya ..
jika kita menerima segala apa yang berlaku dengan penuh keredhaan, tanpa kita sedari sinar cahaya akan terpancar dan terus menyuluh jalan kehidupan dari kegelapan..
fahami ketentuan ALLAH SWT!!
Segala yang berlaku sebenarnya terselit hikmah yang tersembunyi..
sesungguhnya ada kebaikan di sebalik keburukan yang berlaku..
❤ ﷲ INSYA ALLAH ﷲ ❤